Pages

Sunday 8 April 2012

Kehidupan

kadang-kadang hidup ney adil ke?
kadang-kadang hidup ney membahagiakan ke?
kadang-kadang hidup ney bermakna ke?

betul ke hidup ney adil kalau semua yang kite inginkan kadangkala bukan untuk kita..
betul ke hidup  ney membahagiakan kalau segala yang membahagiakan itu cuma sementara..
betul ke hidup ney bermakna kalau ianya hanya meninggalkan kesan sedih yang mendalam untuk diari kehidupan kita.

mungkin inilah erti kehidupan yang sebenar
kadang kita di atas, 
kadang kita di bawah,
kadang kita terjatuh,
kadang kita bangun,
kadang kita lemah,
kadang kita kuat.

benar kata orang tua, apabila kita di atas, jangan terlalu alpa, jangan terlalu riak, jangan terlalu takbur. kerana yang di atas takkan selamanya akan di atas. manakala jika kita di bawah, jangan kita mudah menyerah, jangan kita mudah berputus asa. kerana yang di bawah, takkan selamanya di bawah. 

apabila kita terjatuh, janganlah kita berasa terkilan. kerana kejatuhan itu hanyalah satu ujian untuk kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang masih jauh. anggaplah ia sebagai satu kekuatan untuk kita bangun dan meneruskan sisa-sisa kehidupan yang akan mendatang. jangan jadikan kejatuhan sebagai penghalang dan kelemahan untuk kita bangun dan maju.

lemah.. benar, kita hanya manusia biasa  yang tidak punya apa-apa kuasa. ini bukan kisah dongeng. ini juga bukan kisah yang direka oleh manusia. ini bukan novel, ini bukan drama. bukannn! ini adalah realiti sebuah kehidupan! dimana kelemahan sentiasa ada dalam diri setiap insan. sekuat mana dan sehebat mana pun seseorang, pasti ada sekelumit kelemahan yang bertakhta di sanubari mereka. lemah.. jangan jadikan ia tembok pemisah untuk kita menguatkan diri. sebaliknya, anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita bangun dan terus kuat, kuat dan kuat. kerana setiap kelemahan pasti akan bertemu kekuatannya. 

luahan Nurrayhan....
Assalamualaikum :')

0 comments:

Post a Comment